My Words
Hye Guyz....
Rite Now Baby tengah study kat UiTM Melaka..
course Mass Communication Part 3.
kalau lambat update tu... jangan marah ye..
Monday, May 9, 2011
Ibu Aries dikatakan mempunyai masa yang agak terhad untuk menguruskan hal rumahtangga akibat kerjaya mereka. Jadi apa kata permudahkan urusan hidup mereka dengan hadiah hadiah seperti ‘microwave’, vakum dan sebagainya lagi.
Ibu Taurus ini seorang yang gemar berada di rumah untuk berehat. Apa kata kamu belikannya pengurut kaki elektrik, sepasang selipar lembut atau sebuah buku tentang masakan!
Ibu berbintang Gemini gemarkan sesuatu yang boleh memberikannya kejutan. Apa kata hadiahkan dia sebuah VCD karaoke, parti hari jadi secara mengejut atau sepasang sandal yang cantik.
Mereka ini selalunya menghargai apa yang dilakukan kepada mereka dan tidak semestinya berbentuk meterial. Mereka sudah tentu sangat menghargai sekiranya kamu memasakkan hidangan istimewa untuknya hari itu dan membuat sendiri hadiah untuknya walaupun sekadar sebuah kad ucapan! Yang penting, ia dilakukan dengan tangan kamu sendiri.
Mereka ini sukakan sesuatu yang nampak mewah. Jika kamu berhasrat hendak belikan ia sejambak bunga, pastikan jambanga itu besar dan cantik sekali!
Bagi mereka, tindakan lebih menggambarkan segalanya berbanding kata kata. Pastikan kamu melakukan tiap suruhannya dan itu dah cukup memadai daripada hadiah mahal.
Hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah sesuatu yang membantu mereka kelihatan lebih cantik seperti baju dan mekap.
Mereka ini sukakan air dan apa kata kamu membawa mereka bercuti di pandai atau kawasan air terjun. Tentu mereka suka!
Mereka ini kaya dengan sifat kelakar dan sebuah kad dengan kata kata yang kelakar dan lucu dah cukup buat mereka atau sehelai baju T yang tertera kata kata lucu.
Belikan saja mereka barangan antik, pasti mereka suka!
Hadiah yang paling disukai adalah benda yang pelik pelik.
Mereka yang berjiwa sentimental ini dah cukup tersentuh jika kamu hadiahkan mereka potret keluarga yang berbingkai cantik.
Labels: Gifts, iLmu, Love, Tips + Petua
0 luv me:
Post a Comment