My Words


Hye Guyz....

Rite Now Baby tengah study kat UiTM Melaka..
course Mass Communication Part 3.
kalau lambat update tu... jangan marah ye..



Bizi Dengan Event & Tarian
Bizi Dengan Assignment
Bizi Dengan Event UiTM
Bizi Dengan Kelas yang pack..

Monday, February 23, 2009

Upin & Ipin



UPIN & IPIN..

Semalam sempat juga baby luangkan masa yang sedikit nie pergi menjengah cerita animasi yang diagung2kan Malaysia iaitu Upin & Ipin... yang versi filem animasi ni bertajuk GENG : PENGERMBARAAN BERMULA UPIN & IPIN. hmmm... kalau korunk semua nk tahu.. citer dia memang diminati lapisan masyarakat tanpa mengira umor.... mana taknye.. dah masuk minggu kedua namun wayang tetap penuh dengan manusia.... smpai ke depan- depan seat dia.... wow.. ini satu kejayaan yang boleh dibanggakan...



hmmm... dlm versi filem ni... kawan2 yang selalu muncul dalam versi drama x ade.... semua nye orang baru.... memang best citer ni... Kalau ade 5 bintang... baby berani bagi 10 bintang.. citer dia tak bosan... kita sendiri dapat rasakan unsur suspens, terkejut, ketawanya.. dan semua elem nampak berjaya... huhuhuhuhu..... kalau yang x tengok lagi.. cepat kejar wayang tuh... huhuhu.. kalau x dapat tengo.. rugiii... percayalah cakap baby nie...


Sinopsis Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin

Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.

Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

Watak dan Perwatakan

Badrol
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.

Lim
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.

Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.

Ros
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.

Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi “s”.




kalau nk tengok video2 episod2 cerita upin dan ipin... try tekan link web site upin & ipin http://www.upindanipin.com.my/episodes.html
atau.....
http://gengmovie.blogspot.com/

0 luv me:

Post a Comment