My Words


Hye Guyz....

Rite Now Baby tengah study kat UiTM Melaka..
course Mass Communication Part 3.
kalau lambat update tu... jangan marah ye..



Bizi Dengan Event & Tarian
Bizi Dengan Assignment
Bizi Dengan Event UiTM
Bizi Dengan Kelas yang pack..

Tuesday, January 27, 2009

ABPBH untuk Gaza

DALAM mengekalkan kedudukannya sebagai anugerah paling berprestij industri hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tidak pernah lupa terhadap tanggungjawab sosial membantu meringankan beban serta kesengsaraan penduduk Semenanjung Gaza yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

Terbaru, ABPBH melancarkan karnival amal, ABPBH Untuk Gaza bagi memberi peluang kepada golongan artis dan penggiat seni tanah air menyumbangkan sesuatu bagi mengisi Tabung NSTP Untuk Gaza. Karnival amal itu akan berlangsung di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 31 Januari ini, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Pelbagai aktiviti dirancang membabitkan penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio popular seperti jualan dan lelongan koleksi barangan peribadi, sesi bergambar dengan peminat dan persembahan pentas. Selain itu, golongan selebriti juga terbabit dengan jualan kek sumbangan 10 hotel terkemuka sekitar Lembah Klang.




Antara selebriti yang menyertai karnival amal itu termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Anita Sarawak, Faizal Tahir, Erra Fazira, Rosyam Nor, Julia Ziegler, Maya Karin, Dynas, Diana Danielle, Meet Uncle Hussein, Anuar Zain, Jaclyn Victor, Nabil Raja Lawak, Dayang Nurfaizah, Intan Ladyana, Ramli MS, Stacy, Zahid, Nita, Marsha, Farah Diana, Diddy, Nikki, Adi Putra, Sofaz, Farawahida, Eira Syazira, Deja Moss, Awal Ashari, Betty Banafe, Dayang Nurfaizah, Winnie K, Shamsul Ghau Ghau, Ifa Raziah, Atilia, Salamiah Hassan, Fouziah Gous, Sarah Raisuddin, Almy Nadia dan kumpulan Cham.

Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, berkata hati siapa tidak tersentuh melihat gambar kanak-kanak menangis ketakutan dan kesakitan di celah timbunan runtuhan bangunan, wajah warga tua dan golongan wanita meratap menangisi kematian orang tersayang atau melihat kalangan lelaki mengangkat dan mengendong jenazah saudara mara dengan wajah yang sayu.

Katanya, air mata mereka mungkin sudah kering, tetapi melihat wajah mereka, tidak sukar untuk memahami betapa menderitanya ketika ini. Hilang dan musnah segala-galanya, harta dan nyawa orang tersayang. Itulah realiti yang sedang dialami penduduk Semenanjung Gaza di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan keangkuhan tentera Israel.

“Kita tidak mungkin mampu mengangkat senjata untuk berperang dengan tentera Zionis. Bagaimanapun, sebagai warga prihatin, kita masih boleh membantu meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan penduduk Semenanjung Gaya dengan menghulurkan bantuan termampu.

“Karnival amal ABPBH Untuk Gaza dilakukan untuk memberi peluang kepada artis, personaliti dan selebriti menyumbangkan sesuatu untuk mengisi Tabung NSTP Untuk Gaza. Kita yakin pembabitan golongan selebriti dalam aktiviti sosial akan memberi kesedaran kepada masyarakat. Selebriti juga mempunyai perasaan sedih dan simpati kepada mereka yang menjadi mangsa perang dan turut membenci peperangan yang membawakan kesengsaraan.

“Bagi Berita Harian, aktiviti ABPBH tidak tertumpu kepada soal hiburan semata-mata. ABPBH adalah antara anugerah yang menghimpunkan ramai artis dan personaliti popular tanah air, tapi tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mereka yang tercalon atau tidak dalam ABPBH turut terbabit dengan aktiviti sosial dan kemanusiaan,” katanya ketika sidang akhbar ABPBH Untuk Gaza pada Khamis lalu.


Selain itu, ABPBH Untuk Gaza turut menerima sumbangan daripada Pesona Pictures Sdn Bhd, Majlis Perundingan Industri Hiburan Dan Kesenian Tanah Air (Mahkota), Persembahan Artis Malaysia Sdn Bhd (Prism) dan Majlis Muzik Malaysia (MMM) yang diserahkan oleh wakil masing-masing.

0 luv me:

Post a Comment