My Words


Hye Guyz....

Rite Now Baby tengah study kat UiTM Melaka..
course Mass Communication Part 3.
kalau lambat update tu... jangan marah ye..



Bizi Dengan Event & Tarian
Bizi Dengan Assignment
Bizi Dengan Event UiTM
Bizi Dengan Kelas yang pack..

Monday, November 2, 2009

Penyu

tadi tengak duduk2 lipat baju..
baby terjumpa satu kertas ni..
dari WWF..
bkn wrestling tu... tapi.. NGO ape ntah (suda lupa nama laa)
dalam warkah tu ade la mcm kesedaran serta kempen untuk selamatkan penyu kita
so.. ade la permintaan untuk hulurkan sumbangan untuk proses pemeliharaan dan pemuliharaan spesis penyu yang terancam ni..
Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.

Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.

Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.

Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.


hmm...
kalau ikut fakta yang diberikan WWF td..
pada tahun 1950-an, sebanyak 10,000 sarang penyu akan naik ke pantai..
namun setiap tahun semakin susut..
sekarang tak sampai 10 sarang setahun...
macam mana tu???
renung2kan.. dan peliharalah alam yang kita ada..
demi untuk generasi kita yang akan datang.




Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih


1 luv me:

Unknown said...

cerita pasal penyuuuu ;)

Post a Comment