My Words


Hye Guyz....

Rite Now Baby tengah study kat UiTM Melaka..
course Mass Communication Part 3.
kalau lambat update tu... jangan marah ye..



Bizi Dengan Event & Tarian
Bizi Dengan Assignment
Bizi Dengan Event UiTM
Bizi Dengan Kelas yang pack..

Monday, March 2, 2009

Boikot Israel??

Part 1

Mencela Israel itu haram hukumnya!

“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israel melainkan makanan yang diharamkan oleh Israel untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan.” (Ali Imran: 93)

Ibn Abbas meriwayatkan: “Sekelompok orang Yahudi mendatangi Nabi untuk menanyakan empat hal yang hanya diketahui oleh seorang nabi. Pada salah satu jawapannya, Nabi saw mengatakan: “Apakah kalian mengakui bahawa Israel adalah Ya’kub?” Mereka menjawab: “Ya, betul.” Nabi saw bersabda: “Ya Allah, saksikanlah.” (HR. Daud At-Thayalisy 2846)

Sebenarnya Israel adalah nama nabi Allah, yang bermaksud Kekasih Allah. Dan nama itu dimiliki oleh Nabi Allah Ya’kub as. Lalu kalau kita mencaci-maki nabi Allah Ya’kub, bererti kita juga telah mengundang kemurkaan dari Allah.

Kita sedar bahawa rukun Iman ada menyebut: Percaya kepada Nabi dan Rasul. Mencaci dan mencela Israel menunjukkan kita bukan dari golongan beriman. Cuba kita gantikan perkataan “Israel” dengan “Ahmad”. Lalu kita laungkan kalimat ini dalam demonstrasi jalanan: “Jahanam Ahmad”, “Ahmad pembunuh” dan “Celaka bangsa Ahmad”

Kita sanggup kalau nama Nabi terakhir kita disebut sebegitu?

Kenapa kita gunakan nama Israel dan bukannya nama yang Allah berikan kepada mereka: Bangsa Yahudi? Itu nama yang paling layak untuk mereka. Dan bukannya kita samakan dengan nabi yang wajib kita percaya.

Tak guna kalau kita mengaku kita sebagai umat pencinta nabi, tapi kita tidak kenal siapa Nabi Israel walaupun kita sebut perkataan Israel sejak lahir lagi. Semoga kemalasan kita nak mengaji, tidak dibalasi dengan dosa kerana mengeji junjungan Nabi Ya’kub.

Part 2

Kita beranggapan bahawa pemulauan dan boikot produk USA dan Negara Haram Yahudi memberi pengajaran dan kesan terhadap mereka.

Betulkah pemikiran kita ini?


Dalam peristiwa 911, Amerika sanggup membunuh umat mereka sekadar untuk menghalalkan “Operasi Pemburuan Pengganas”. Mereka sanggup menghancurkan WTC yang sememangnya mercu tanda mereka sendiri. Beribu - ribu nyawa orang Amerika terkorban sekadar untuk mencemarkan nama Islam.

Tindakan membunuh rakyat Amerika sendiri akhirnya berjaya sehingga rakyat Amerika bangkit dan melaungkan slogan memusuhi Islam, sehingga peringkat terakhir: “Kirimkan Nuklear ke Kota Suci Mekah”!. Mungkin anda terlupa, tiada seorang pun dari ratusan Yahudi yang bekerja dalam WTC pergi bekerja pada hari tersebut!

Apabila kita memboikot Denmark dulu, mereka (YAhudi dan Amerika) sudah membaca tektik kita. Hanya itu yang kita mampu kerana kita sebagai pengguna, hanya boleh memboikot. Kita bukan pengeluar. Bayangkan kalau Amerika dan Yahudi bertindak drastik:
1. Amerika dan YAhudi haramkan Airbus dan Boeing dari digunakan oleh Umat ISlam.
2. Amerika dan Yahudi haramkan Windows dan Apple dari digunakan oleh umat Islam.
3. Amerika dan Yahudi haramkan semua kilang mereka, rantaian restoran mereka dan koleksi mekap mereka dari digunakan oleh umat Islam.

Bayangkan anda terpaksa melupakan BigMac seumur hidup anda. Juga tidak boleh menggunakan komputer selepas ini.

Kita mengusulkan supaya di botol Mecca Cola diletakkan “Dengan nama Tuhan yang maha pemurah lagi mahal mengasihani”. Bayangkan di botol Coca - Cola, terdapat pujian dari KAum YAhudi untuk tuhan mereka, bayangkan bila kita on komputer, di bawah logo Windows loading tu, terdapat doa untuk kaum YAhudi.

Mereka tidak buat begitu. Kenapa kita kene buat sebaliknya? Mereka tahu, kalau mereka buat begitu, ianya akan membuka fikiran kita, untuk membuat sendiri barangan sedemikian. Bila mereka tak benarkan kita guna komputer, kita akan buat komputer. Umat Islam akan pakai komputer buatan sendiri sahaja.

Kita melawan dengan tidak membeli, kita sepatutnya melawan dengan memasarkan produk Muslim sendiri.

Kita ada alat untuk mengetahui 100% kandungan dan sukatan yang digunakan untuk membuat Coca - cola. Kenapa kita tidak tiru 100% dan buat jenama sendiri? Rasa dan warna Coca - cola bukannya dipaternkan ataupun didaftarkan supaya tidak ditiru.

Apakah kita sanggup untuk tidak menunaikan Haji dan Umrah kerana terpaksa menaiki Boeing dan Airbus. Sanggup naik kapal ke Mekah (kalau tersilap lalu Selat Eden, kena tawan oleh Lanun Somalia lak). Sanggupkah kita tidak mendengar sebarang lagu dan menonton sebarang cerita dari Hollywood yang merupakan pendapatan terbesar Amerika dan Yahudi.

Itu sekadar produk kasar yang kita dapat lihat dan sentuh. Kita belum bersedia untuk memboikot produk maya iaitu pemikiran Yahudi di dalam otak kita.

Atas nama kerajaan Islam, ramai yang membantah Islam Hadhari. Sedangkan mereka terjerumus dalam sistem bikinan Yahudi.

Lalu, kita tekun memboikot Yahudi, saya sokong. Tapi pastikan bukannya “Boikot Terpilih” sepertimana yang kita suka lakukan pada “Sunnah Terpilih” selama ini. Kita hanya akan memboikot produk yang kita kurang layani dan kurang nikmati. Tapi bagi produk yang kita gemari dan sering nikmati, kita akan berkata: “Nanti dulu, habiskan produk lain dulu”, ataupun “produk ini harus dikecualikan kerana kita terpaksa menggunakannya”.

Cuba anda berlagak wartawan dan menerjah pengunjung di pintu KELUAR McDonald’s: “Apa pendapat saudara tentang boikot terhadap barangan Amerika dan Yahudi?”. 90% akan menyokong boikot terhadap Amerika dan Yahudi walaupun mereka terlupa yang mereka baru sendawa akibat kekenyangan makan sebijik BigMac + fries yang sebelum ini mereka anggap adalah dari Yahudi dan Amerika.

Saya tanya sekali lagi: Anda sanggup melupakan BigMac seumur hidup anda?

Kita ini buta. Melayu Mudah Lupa. Kita boikot, lepas perang tamat, lepas 2 minggu, kita beratur di McDonalds. Bukan bersembunyi kerana malu- malu, tapi beratur dengan jelas. Bila gambar Datuk Siti Nurhaliza pegang Breakfast Set McD semasa pergi pergambaran InTrend, kita tidak mengutuk Datuk SIti!

Boikot adalah sebuah sunnah dari Abu Jahal yang kafir tetapi kita anggap ia sebagai satu cara kebenaran dalam melawan Yahudi. Abu Jahal melaksanakan boikot kepada Nabi Muhammad dan keluarga pada 1 muharam tahun ke-7 kerasulan Baginda. Boikot ini berlangsung selama 3 tahun.

Malah jika kita kaji dalam sejarah Islam, ketika Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Abu Jahal tidak melakukan penyerangan ekonomi terhadap Yahudi tetapi beliau memecahkan monopoli Yahudi dengan sengaja, sehinggakan ekonomi Madinah dikuasai oleh kaum Muslimin.

Lihat! Betapa jauhnya antara Sunnah Abu Jahal dan Sunnah Muhammad!

Ada sunnah Nabi yang menyarankan boikot? Ada ayat Quran yang menyarankan boikot? Tapi saya pasti, ada sunnah dan sejarah penuh yang menceritakan tentang perbuatan Abu Jahal itu.

Apabila kita melancarkan operasi embargo ekonomi terhadap kilang - kilang, kita tidak memikirkan nasib kaum kita yang bekerja di kilang - kilang tersebut. Sedangkan mereka mencari rezeki yang halal.

Setelah kejatuhan permintaan dan kemungkinan kaum kita dibuang kerja akibat kemelesetan ekonomi, kita tidak menyediakan kepada mereka pekerjaan yang bagus.

Kita hanya fikir memerangi kezaliman Yahudi, dan tanpa sedar kita menzalimi rakyat kita sendiri. Itu pekerjanya, bagaimana dengan pekedai?

Tanpa kita sedar, kita menutup pintu rezeki pemilik kedai, pemilik terpaksa menapung beban hutang, dan beban overhead cost. Akhirnya pekedai tutup pintu dan gulung tikar.

Apabila kita memboikot, kesan terhadap tiga golongan adalah seperti berikut:

1/ Pekerja kehilangan pekerjaan dan menjadi penganggur. Kadar inflasi semakin tinggi akibat kadar pengangguran yang tinggi. Ada bantahan?

2/ Pekedai dan pekilang tutup kedai dan hilang mata percarian. Mereka tidak membayar zakat dan cukai pendapatan. Akhirnya tabung zakat berkurangan.

3/ Kerajaan tidak mendapat cukai pendapatan dari pekerja yang sudah menjadi penganggur dan dari pekerja atau pekilang yang telah muflis.

Akhirnya, kerajaan terpaksa menaikkan cukai lain. Rakyat memberontak. Jelas, ianya pernah terjadi di Indonesia. Kita tidak pernah serik sebab belum pernah terjadi kat kita.

ini adalah kereta Menteri. perhatikan di cermin (anak panah)

iklan Along!! anda mahu hinggakan Kerajaan Muflis angkara kita sendiri sehinggakan Menteri terpaksa cari Along?

Lihat bagaimana Soros menjatuhkan ekonomi kita satu masa dahulu? Memboikot produk Amerika sedangkan kekayaan mereka lebih dari itu dan mereka boleh meloncat-loncat dari sebuah negara ke negara lain. Justeru mereka tak mengasihi Amerika sepertimana mereka tak menangisi kematian manusia di WTC dan Gaza.

Mereka boleh menjadikan kita papa kedana.

Pemikiran Yahudi yang berada di dalam pemikiran kita. Antaranya: Demokrasi, Pilihanraya, Demonstrasi, Hizbi, Sistem Kewangan Konvensional, Riba, Sistem pendidikan yang telah rosak, Sains yang dimanipulasi kebenarannya, matawang pada kertas berwarna yang dicetak, bola sepak, sukan olimpik, teater dan sebagainya.

[Kalau mereka benar-benar beriman, padahal mereka itu telah hampir kafir]

0 luv me:

Post a Comment